Happy Deepavali 2009
Selamat meyambut hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu.
Moga hari ini menjadi hari yang menggembirakan anda dan membawa kepada pelbagai perubahan yang lebih baik.Moga perayaan ini juga mengukuhkan lagi semangat perpaduan pada kita seluruh rakyat Malaysia.Mari bersama-sama memeriahkan Hari Deepavali ini. :)
Mari kita lihat beberapa kepentingan Perayaan Deepavali ini kepada masyarakat Hindu.
*Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.
*Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.
*Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.
Lagenda Hari Deepavali ;
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Selain daripada memasang pelita,penganut agama Hindu juga membuat hiasan "kolam" di hadapan pintu masuk rumah mereka.Hiasan"Kolam" ini terdiri daripada bijirin yang pelbagai warna,yang merupakan lambang penyembahan kepada dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah.
...untuk membaca lebih lanjut tentang Perayaan Deepavali,klik di sini.
***Selamat Menyambut Hari Deepavali***
0 Responses to "Happy Deepavali 2009"
Leave a Reply
Feel free to leave a comment...