welcome..

Malaysia-Selamat Datang. Arabic-Ahlan Wa Sahlan. Chinese-Huan ying. Danish-Velkommen. Dutch-Welkom. French-Bien venue. German-Willkommen. Hindi-Swaagat hai. Italian-Ben venuto. Japanese-Irasshai. Korean-Chunn-mannay-oh. Polish- DzieƱ dobry. Spanish-Bienvenido. Urdu-Tashreef laayiey.

Bahaya Botol(plastik) Air Mineral

Petang ini,ku ingin berkongsi satu tips kesihatan lagi.
Kini,pengunaan botol mineral sangatlah meluas dalam kalangan masyarakat.
Sebenarnya penggunaan ini adalah selamat tetapi dengan beberapa keadaan ia boleh menjadi sebaliknya,iaitu penggunaan botol mineral sangat membahayakan kesihatan!
Situasi yang sering berlaku adalah pengunaan semula botol plastik mineral itu dan pengendalian botol mineral itu sendiri.Sebenarnya,botol mineral itu tidak sesuai digunakan semula,sesuai dengan lambang "recycle" yang disertakan,bukannya "re-use".
Pengendalian botol mineral itu sebenarnya hendaklah mengikuti beberapa tatacara yang betul,sebagai contoh botol mineral itu tidak boleh terdedah kepada bahang yang panas,terutamanya ketika ia berisi.
Mari kita sama-sama lihat kenapa semua ini?
Botol mineral itu sebenarnya dibuat daripada bahan-bahan kimia yang membentuk plastik (Polyethylene Terephthalate atau PET)yang mengandungi bahan karsinogen.Biasanya simbol PET ada bersama botol mineral itu.Maka itu,sekiranya botol plastik itu terdedah kepada sebarang suhu(kepanasan),bahan-bahan kimia yang membentuk plastik itu akan bertindakbalas dan terbebas ke dalam air.Oleh itu,air dalam botol mineral telah tercampur dengan bahan-bahan kimia (karsinogen) yang sangat bahaya dan beracun!.Lihat sahajalah sampah plastik yang ada,ia mengambil masa yang sangat lama untuk reput dan sebati dalam tanah,inikan pula bahan kimia yang memasuki tubuh manusia!
Mungkin anda belum sedar,tindakan anda sehari-hari mengundang bahaya kepada kesihatan anda.Aku ingin mengingatkan;

*Jangan lagi menggunakan air mineral yang tersimpan di dalam kereta anda kerana haba yang panas dalam kenderaan itu telah membebaskan bahan kimia daripada botol air mineral ke dalam air mineral itu.
*Jangan lagi menggunakan botol mineral berulang-ulang kerana botol itu hanya direka untuk digunakan sekali sahaja.

Sebaliknya;
*Gunakanlah botol air yang direka untuk kegunaan seharian(selamat digunakan berkali-kali)atau bekas stainless steel juga bekas daripada bahan kaca.
*Berhati-hati dengan pengendalian botol mineral anda.

Paling berbahaya lagi apabila terdapat kajian yang menunjukkan bahawa terdapat bahan kimia yang daripada botol mineral pada jaringan payudara.Jelas sekali bahan kimia itu juga penyebab kanser payudara!Malah,terdapat kajian yang mengatakan,bahan kimia daripada botol plastik mineral merupakan punca utama kanser payudara di Australia.

Menyedari betapa bahayanya botol(plastik) air mineral itu,mulai dari sekarang, marilah kita bersama-sama mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.Jangan lupa,

Mencegah lebih baik daripada mengubati..



Untuk membaca lebih lanjut klik di sini atau di sini (bahaya botol susu bayi)

Sebarkan info ini kepada semua kenalan anda! :)

0 Responses to "Bahaya Botol(plastik) Air Mineral"

Leave a Reply

Feel free to leave a comment...