welcome..

Malaysia-Selamat Datang. Arabic-Ahlan Wa Sahlan. Chinese-Huan ying. Danish-Velkommen. Dutch-Welkom. French-Bien venue. German-Willkommen. Hindi-Swaagat hai. Italian-Ben venuto. Japanese-Irasshai. Korean-Chunn-mannay-oh. Polish- DzieƱ dobry. Spanish-Bienvenido. Urdu-Tashreef laayiey.

"Baik" sungguh aku hari ini...

Hari ini merupakan hari yang pertama seorang Staf baru bekerja bersama kami.Staf baru ini memegang jawatan yang penting pada bahagian pengurusan,yang sudah tentu kedudukanya lebih tinggi dari ku dalam carta organisasi,maka sudah tentunya aku harus meletakkan diri ini "baik" di pandangannya,maklumlah aku ni dah senior setahun lebih di syarikat ini.Bukan sahaja baik untuk ku malah memberikan gambaran yang baik kepadanya secara keseluruhan.

Ku belum lagi becerita panjang dengannya tetapi perkara asas seperti latar belakang pendidikan,asalnya sudah ku ketahui... :) ...sebenarnya banyak persoalan bermain di fikiran tetapi ku simpan saja kerana masa yang sesuai belum tiba lagi untuk ku tanyakan semuanya.Yang pasti,ku akan dapat jawapan bagi persoalan-persoalan itu nanti.Ya,kata orang "kalau mahu dikenali,kenalilah orang lain dahulu".. :)

Bukan itu sahaja,ku juga bangun seawal jam 5 pagi tadi untuk menyiapkan diri,bukan untuk meminta puji tetapi untuk menunjukkan bahawa ku sangat mementingkan masa.Malah aku juga memperbaiki segala kelemahan ku selama ini,agar semuanya kelihatan lebih baik dan seterusnya menjadi lebih baik.

Aku tak akan lupa satu baris kata yang berbunyi "pandangan pertama sangat penting untuk menggambarkan diri kita pada keseluruhannya" itulah antara sebabnya mengapa ku begitu "baik" hari ini...

0 Responses to ""Baik" sungguh aku hari ini..."

Leave a Reply

Feel free to leave a comment...