Download Movie, Free → Download Movie
I would like to share this to all of my blog, Low Voice visitors...
Stagevu
Here, you can watch and share all your favourite videos, but at a higher quality than an ordinary video site.
Click here :)
do you hear me?..
Here, you can watch and share all your favourite videos, but at a higher quality than an ordinary video site.
CERITA PEMBANGKIT SEMANGAT USAHAWAN YANG INGIN BERJAYA..
Ramai yang pernah mendengar mengenai Yayasan Al Bukhary, sebuah badan kebajikan yang telah membelanjakan beratus-ratus juta ringgit untuk tujuan amal.Yayasan ini milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, seorang ahli perniagaan yang tidak gemarkan publisiti.Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya ahli perniagaan ini dan bagaimana beliau membina empayar perniagaannya.Wartawan Utusan, Zaharuddin Mohd. Ali cuba menghuraikan siapa sebenarnya Syed Mokhtar dan apa yang telah menjadikan beliau seorang yang amat berjaya.
Sejak kebelakangan ini setiap kali apabila seseorang itu berkata mengenai Persyarikatan Malaysia, satu nama yang akan disebut berkali-kali ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.Walaupun beliau tidak begitu diketahui umum, ahli perniagaan yang tidak gemar publisiti ini adalah pemilik pelbagai jenis perniagaan - rangkaian syarikat tenaga, pelabuhan, hotel,perkilangan dan pasar raya.Beliau tidak pernah memberi sebarang wawancara kepada sesiapa lebih gemar kepada cara kehidupan yang low profile.Namanya tidak pernah tercatat dalam mana-mana syarikat - termasuk syarikat awam yang disenaraikan di bursa saham walaupun beliau dikatakan telah membuat pelaburan berjuta-juta ringgit.Keadaan ini menambah lagi misteri mengenai beliau.
Walau bagaimanapun, menurut mereka yang mengenali Syed Mokhtar, beliau bukanlah seorang yang gemar menyendiri seperti yang disangka.Beliau adalah seorang yang mudah mesra, peramah dan fokus terhadap apa yang diusahakan selain menggemari gaya hidup yang serba ringkas.Kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz yang terbaru bukanlah minat beliau. Menurut seorang pemerhati, Syed Mokhtar hanya memandu kereta Proton Perdana model lama, berpakaian serba ringkas dan akan ke Sentul untuk menikmati teh tarik kegemarannya.Beliau masih mempunyai sebuah kereta Mercedes yang telah berusia 20 tahun yang digunakan dari semasa ke semasa.Syed Mokhtar juga menggunakan beg bimbit yang mungkin sama usia dengan kereta Mercedes tersebut.Persoalannya, siapakah Syed Mokhtar dan apakah falsafah yang telah memberikan semangat kepada ahli perniagaan itu untuk menjadi seorang yang berjaya hari ini - mengambil alih projek-projek mega yang telah gagal dan mengusahakannya semula sehingga berjaya?Jawapannya menurut Mohd. Sidik Shaik Osman, yang mengenali Syed Mokhtar sejak lebih 25 tahun lalu ahli perniagaan itu dilahirkan di sebuah rumah kampung beratapkan nipah milik kedua ibu bapanya pada 1951.
Kesusahan dan kemiskinan adalah dua perkara yang beliau amat fahami.Bapa beliau, Syed Nor, adalah seorang pedagang berketurunan Yaman yang menetap di Kedah, menyara keluarga dengan menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan keperluan harian.Syed Nor kemudiannya mengusahakan ladang ternakan lembu.Bagaimanapun, hasil yang diperolehnya adalah amat sedikit dan keadaan memaksa Syed Mokhtar ke pasar setiap pagi sebelum ke sekolah untuk menjual roti canai dan sayur bayam yang ditanamnya sendiri di sebidang tanah kecil di sebelah rumahnya.Semasa berusia 11 tahun, Syed Mokhtar telah dijaga oleh pakciknya di Johor Bahru yang mahukan beliau menceburi bidang ketenteraan tetapi dibantah oleh ibu bapanya. Disebabkan beliau telah didedahkan kepada suasana alam perniagaan, beliau tidak bersetuju dengan idea tersebut dan kembali ke Alor Setar.
Sekembali beliau ke kampung, perniagaan menjual lembu telah semakin pulih dan kehidupan Syed Mokhtar pada lewat tahun 1960 terbahagi dua - bersekolah di St. Michael Institution, di mana beliau menamatkan pelajarannya di tingkatan lima, dan pada masa yang sama membantu bapanya menguruskan perniagaan dan bertanggungjawab terhadap soal simpanan kira-kira dan urusan pengangkutan.Gandingan bapa dan anak ini mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijual di pasaran tempatan.
Daripada sebuah perniagaan sendiri ia telah menjadikan Alor Setar kepada sebuah pusat perdagangan lembu. Walau bagaimanapun, kegembiraan dan kekayaan keluarga tersebut hanyalah sementara.Wabak penyakit kaki dan mulut pada tahun 1970 telah membinasakan keseluruhan perniagaan lembu mereka. Kerana kecewa, bapa beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menceburi bidang perniagaan itu.Keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.Bagaimanapun, dalam masa beberapa minggu, anak muda ini telah bangkit semula. Kegagalan tidak mematahkan semangat Syed Mokhtar. Beliau menganggap ini semua sebagai halangan sementara yang telah memberikan beliau pengajaran yang amat bernilai.Halangan sementara ini telah menjadikan beliau lebih bersemangat dan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya.Halangan ini telah memberi pengajaran kepada beliau iaitu jangan bergantung hanya kepada satu sumber perniagaan sahaja.
``Bermula dari situ, beliau semakin cenderung untuk mempelbagaikan empayar perniagaan,'' kata Mohd. Sidik, yang kini menerajui Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor.Kekecewaan ayah beliau telah menjadi titik perubahan yang penting dalam kehidupan Syed Mokhtar.Beliau mula menjalankan perniagaan dalam memperdagangkan barangan keperluan penting serta menjalinkan kerjasama dengan ahli perniagaan berketurunan Cina.Pada tahun 1970-an, syarikat bumiputera yang ingin bekerjasama atau berurusan dengan usahawan Cina adalah sesuatu yang unik.Beliau melakukannya untuk mempelajari cara terbaik menjalankan perniagaan.Dalam masa yang singkat, beliau telah mempelajari dan membeli perniagaan yang dipelopori oleh ahli perniagaan Cina khususnya dalam bidang pengangkutan (lori), perniagaan dan pemasaran beras, pakaian, pemprosesan makanan dan ternakan.
Syed Mokhtar tokoh korporat disegani - 24/09/2002 - utusan malaysia.Daripada seorang ahli perniagaan kecil, beliau berjaya membawa dirinya kepada perniagaan yang lebih besar dengan menyertai projek-projek di bawah Persyarikatan Malaysia.Beliau mula menceburi perniagaan utama pada tahun 1990 dengan mengambil alih dan menguasai saham-saham dalam beberapa syarikat awam yang tersenarai dan entiti kerajaan yang diswastakan, serta projek-projek terbengkalai yang amat memerlukan bantuan kewangan.Hari ini, Syed Mokhtar muncul sebagai seorang ahli korporat yang disegani, satu usaha dan pengiktirafan yang beliau perolehi komitmen dan berkerja keras dengan matlamat untuk berjaya.Bagaimanapun, terdapat satu aspek yang tidak pernah dibincangkan oleh media mengenai Syed Mokhtar.Sebagai seorang Islam, beliau tidak pernah mengabaikan soal-soal kebajikan.Beliau menderma berjuta-juta ringgit setiap tahun kepada pelbagai projek kebajikan di bawah Yayasan Al Bukhary yang beliau gunakan sebagai cara untuk membantu mereka yang kurang upaya, menyokong usaha-usaha kebudayaan dan seni Islam.Sehingga ini, beliau telah membiayai pembinaan lebih 10 buah masjid di Malaysia dan pada tahun 2000, Syed Mokhtar telah menderma sebanyak 1.25 juta pound (RM7.5 juta) kepada pusat Oxford bagi pengajian Islam di London - salah satu pusat pengajaran Islam yang terkemuka.
Sebuah pusat Yayasan Al Bukhary yang bernilai RM300 juta dengan reka bentuk oleh senibina `Moorish' (Islam Maghribi) sedang dalam pembinaan di Alor Setar dan dijangka siap pada 2004.``Pusat tersebut dilengkapi dengan sebuah masjid, pusat rawatan, pusat komuniti, sebuah rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan sebuah universiti yang disediakan untuk pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa,'' kata Datuk Ismail Yusof yang mengetuai Yayasan Al Bukhary.Tidak cukup dengan itu, bagi Syed Mokhtar, kebajikan bermaksud membantu mereka yang memerlukan, tidak kira bangsa atau agama.Dalam hubungan ini, pada tahun 1990-an, Syed Mokhtar telah menyumbang kepada Projek Langkawi - projek yang diusahakan oleh Malaysian Chinese Association (MCA) untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah Cina dan memberikan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan.Beliau juga menyumbang mesin dialisis yang ditempatkan di sebuah bangunan rumah kedai di Kluang, Johor bagi kegunaan masyarakat setempat.Bagaimanapun, sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang seni dan kebudayaan ialah pembinaan Muzium Seni Islam yang diwujudkan dengan kos RM110 juta.Ia merupakan hasil seni yang tiada tolok bandingnya dan segera menerima pengiktirafan sebagai pusat pemikiran Islam sedunia.
Menurut Ismail: ``Jika ada satu perkataan yang boleh menggambarkan Syed Mokhtar, ia adalah sikap rendah dirinya.``Ini kerana segala kejayaan dan kekayaan tidak merosakkan dirinya.
``Kaum keluarga, sahabat handai, saudara mara, rakan perniagaan dan manusia biasa yang telah beliau bantu boleh mengakui perkara ini''.Syed Mokhtar mendirikan rumahtangga ketika berusia pertengahan 40-an dan sekarang mempunyai empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.Ismail berkata, Syed Mokhtar menjadikan pendidikan sebagai tanggungjawab utama kepada adik beradiknya kerana ia adalah sesuatu yang beliau tidak mampu miliki kerana kesempitan wang. ``Beliau mahu melihat adik beradiknya mendirikan rumahtangga dan berada pada kedudukan kewangan yang stabil dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga,'' katanya. Sehingga hari ini, Syed Mokhtar bekerja dari siang hingga larut malam dan ada kalanya sehingga pagi. Rumahnya adalah juga ibu pejabat korporat, di mana beliau mengikuti perkembangan syarikat-syarikat dan kebajikan lebih 20,000 pengurus dan kakitangannya.Dewan di rumah beliau di Kuala Lumpur adalah bilik mesyuarat utama. Beliau berjumpa dengan pengarah-pengarah eksekutif dan pengurus-pengurusnya seminggu sekali.Syed Mokhtar hanya melakukan lawatan kerja jika perlu selain gemar mengadakan perjalanan balik-hari kerana beliau mahu meluangkan masa berkualiti bersama pekerja dan keluarga.
Mohd. Sidik, yang selalu mengunjunginya di rumah beliau berkata:``Syed Mokhtar sebenarnya bukanlah seorang yang suka menyendiri, sebaliknya adalah seorang yang rendah diri dan suka membantu orang lain.``Di sebalik kemewahan hidupnya, beliau menjauhi pembaziran dan percaya kepada kesederhanaan dan kualiti dalam semua aspek kehidupan''.Syed Mokhtar telah mengharungi perjalanan yang jauh - bermula dari membantu bapanya dalam perniagaan lembu kepada memiliki empayar perniagaan yang besar serta dikagumi.Beliau telah mengambil 30 tahun untuk membina portfolio perniagaannya, tetapi dalam masa itu, beliau tidak pernah memandang kebelakang.Beliau mahu maju kehadapan dan menggabungkan empayar perniagaannya dan berkongsi kejayaannya.
Beliau juga sering di label sebagai seorang yang `tamak' tetapi pernahkan seseorang itu terfikir beliau juga berkongsi kejayaan dengan lapan juta pemegang saham menerusi Perbadanan Nasional Berhad yang mempunyai pegangan besar dalam salah satu syarikatnya, Malaysia Mining Corporation.Menurut Ismail, Syed Mokhtar berpegang kepada dua prinsip asas kejayaannya iaitu - berserah kepada tuhan dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan.
kali ini,ku ingin kongsikan satu Tips untuk Restart / Shutdown PC,tanpa menggunakan perisian.Caranya cukup mudah dan ringkas untuk dilakukan.berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan;
Klik kanan tetikus, pilih NEW, klik SHORTCUT,
dan apabila keluar dialog "type the location of the item".. taipkan coding berikut:-
shutdown -s -f -t 00
(coding ni untuk shutdown)
klik next, dan masukkan nama shorcut sebagai SHUTDOWN.
Selesai!!
kalau mau buat shorcut untuk restart pula, ulangi kesemua langkah tadi kecuali coding itu diubah kepada:-
shutdown -r -f -t 00
seterusnya namakan shorcut ini sebagai RESTART .
Maka, setiap kali anda mahu shutdown/restart pc,cuma double click saja shortcut yang telah dibuat tadi..
Nota;
Sebenarnya,kita boleh membuat suatu command dengan memanipulasikan angka selepas huruf t. t 00. "00" itu menunjukkan jumlah masa(saat) yang akan diambil untuk command itu berfungsi.Secara mudahnya,command itu boleh dibuat dengan,
Klik RUN (Start-> Run)
dan masukkan (command restart/shutdown) dengan menggantikan "00" kepada apa-apa nombor.
Contoh;
shutdown -s -f -t 60
PC tu akan shutdown dalam masa 60 SAAT.
Kalau taip :-
shutdown -s -f -t 3600
PC akan di shutdown dalam masa 3600 SAAT = 60 MINIT = 1 JAM.
Sekadar info:-
-r = Restart
-s = Shutdown
-f = Force (Semua aplikasi yg aktif akan ditutup secara PAKSA oleh Windows)
-t = Timer (Pemasa dalam unit saat,)
*Kaedah ini kadang kala berguna apabila kita meninggalkan PC yang masih beroperasi.Tak perlu dapatkan PC untuk mematikan,cuma setkan sahaja command dan PC semestinya akan shutdown apabila tiba masa yang kita sudah tetapkan.
Selamat mencuba! :)
kelmarin ..hujan sepanjang hari..
ku ingatkan musim hujan dah tiba,maklumlah dah hujung-hujung tahun kan..
nasib baik hari ni cuaca cerah,meskipun mendung berarak pada sebelah petang.
Namun,panas terik matahari pada tengah hari tadi berupaya mengeringkan pakaian ku.Syukur!
Oh ya,sudah dua hari meninggalkan ruangan ku ini,ternyata banyak perkara yang berlaku,
Berita yang agak mengecewakan aku adalah kekalahan Liverpool oleh Arsenal dengan jaringan 1-2.
Huh...lupa lah dengan yang lain-lain...
Cuma dalam dua hari yang lalu,ku agak kurang dengan internet,malas ke Facebook,malas ke Yahoo Mesenger,mahupun Skype.Terasa Bosan!..Aku lebih suka menonton movie. :)
Meskipun begitu,ternyata ku sangat merindui teman-teman di laman maya ini.Terasa tempang sekiranya tak menghubungi mereka walaupun sehari cuma.
...hehee..
hujan sepanjang hari..membuatku terasa sejuk....
malam ni terasa banyak nyamuk,maklumlah keadaan lembab ni merupakan
masa yang sesuai untuk nyamuk-nyamuk bermaharajalela...nasib baik lah ku sempat mendapatkan "Mortein knockdown"..racun serangga,minggu lalu...
"ni kaali lah.." kataku sambil menyembur racun serangga di sekitar bilik
sebelum aku tidur..hehee..berkesan...
Ditambah lagi dengan kelambu,wah...selamat dari nyamuk...
Sebenarnya ku sangat takut dengan penyakit bawaan ektor ini.Ku selalu beringat,
"jangan sudah terhantuk,baru tergadah"!..hehee...
huh..terasa mengantuk yang amat sangat...
~>masa untuk tidur...byee.. :)
hehe..tak sempat mencoretkan sesuatu di ruangan ini kelmarin.
Kesibukan kerja pada hujung bulan ini ternyata tak mengizinkan ku berbuat demikian.
Namun pastinya pagi kelmarin merupakan pagi yang gembira apabila pasukan pilihanku,
Liverpool menang ketika menentang pasukan musuh ketat,MU dengan mata 2-0 ."YNWA" sapa temanku pagi kelmarin dengan senyuman..heheee..pastinya kami sama-sama gembira!
Sempatku dapatkan petikan akhbar pagi kelmarin...
LONDON: Liverpool mengetepikan rasa kecewa yang membelenggu musim mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, malam tadi.
Fernando Torres menjaringkan gol selepas minit ke-65 dan David Ngog menambah gol kedua dalam masa kecederaan untuk memberikan Liverpool tiga mata di Anfield.
Sebentar tadi,tika aku duduk-duduk lepak...
tiba-tiba ku mendapat idea untuk membuat sebuah teka- teki..
ini teka-tekinya;
Semua pekerja Kilang Pepsi telah diambil darah untuk ujian.Setelah keluar keputusan ujian darah,semua pekerja dibenarkan bekerja seperti biasa,tetapi ada seorang pekerja yang dibuang kerja serta merta.Kenapa?
emmm...aku ni tak lah pandai menyanyi..
tetapi suka dengan muzik dan visual..
haa..macam karaoke ni ,menjadi suatu "keminatan" ku..
Semalam,ketika merayau-rayau di Tamu,sempat juga aku menyambar beberapa keping CD"burn"...bukan berhasrat untuk menyokong cetak rompak,tetapi itulah realiti.
Aku terjumpa CD karaoke yang jauh lebih murah daripada yang ORI. So,ambil saja la..hehee.
Nah..ku kongsikan gambar beberapa keping CD yang ku maksudkan..
(maaf,foto tak jelas...ku ambil dengan cam 1.3mp..)
Tiba sahaja dari Tamu,terus ku "test" CD tu...wow..semuanya bagus...terang dan jelas..lalu ku Copy ke dalam hard disc ku.Sekarang ku tak perlu bimbang lagi kalu CD "burn" ku rosak.. :)
Apa-apapun...teruskanlah menyokong artis-artis kita...hik3x...
yeah..jalan-jalan di Tamu batu 6 semalam,sungguh ramai orang!.
Pelbagai macam barangan yang dijual..hehe..aku pon tak ketinggalan
menbeli sambil tawar-menawar.Maklumlah Tamu kan,so harga tak fix..siapa
bijak menawar,dialah yang untung!..
Ku seperti biasa,dengan ayat-ayat power menghadapi para penjual untuk "menawar"..harga barangan.Ok lah,bagus aku kongsikan beberapa patah ayat yang biasa ku gunakan..hehee
"bos,ni berapa harga?"...jika dijawabnya "20 ringgit"...
ku akan teruskan,"boleh kurang berapa ringgit lagi?"..jika dijawabnya "bagi kau 18 ringgit la.."..
ku akan teruskan "Ok ,18 arr..kalau kawan-kawan,berapa ringgit la?"..
Akhirnya ku bisa dapatkan harga barang itu serendah 15 ringgit...
..sudah jimat lima ringgit kan.. xD..
Oh ya,pernah sekali setelah menawar harga barang dan setelah membayarnya,penjual itu berkata padaku,"pandai sangat kau membeli arr"..Penjual itu berkata begitu kerana,akhirnya dia mengalah denganku dan bersetuju dengan harga barang yang ku tawarkan....hik3x
Sesiapa yang ingin mencuba kebolehan tawar-menawar,bolehlah datang ke mana-mana tamu yang semestinya terdapat di seluruh daerah di Sabah pada hari-hari atau tarikh-tarikh tertentu...pastinya suatu pengalaman yang menyeronokkan...
Jom pergi tamu...pasti seronok!!! xD
Have u ever felling so sleepy in front of your PC?
OR you wanna go out but there are some incomplete process still working in your PC?
Now,here is a great solution for u...
There are many software that working to fulfill your need.Simply,let's me share one.
Yeah..you can use EasySleep easily...
Fist of all..you need to download the software here
More about EasySleep .. >
Overview:
EasySleep is a simple and easy to use timer software that auto shuts down your computer at a time period you choose. You may fall asleep easily while listening to your favorite music!
Features of EasySleep
ShutDown - Shuts down the system and power off the computer (your system must support the power-off feature)
ReBoot - Shuts down the system and then restarts the system
LogOff - Shuts down all running processes, then logs the user off
BlackScreen - Black your computer's screen. Save the monitor's life!
Unique Feature
Diminuendo - Auto reduce the speaker's volume constantly
Hardware and Software Requirements:
- The Operating System Windows 95, Windows 98, Windows Me, Windows 2000 or Windows XP
- The free file Msvbvm50.dll must be present in the Windows\System folder
(if you don't have it, you can download it at
http://www.kengolf.com/download/MSVBVM50.DLL
or it can be easily found on the Web)
Enjoy it!.. :)
hari ini...
agak terlewat bangun,jam menunjukkan 6.10am ketika ku bangun.Tergesa-gesa menuju ke bilik mandi tanpa mengemaskan katil terlebih dahulu...
Dengan kesejukan pagi...ku mandi sambil ditemani oleh bunyi hape ku yang sememangnya akan kubawa ke bilik mandi setiap pagi..agak ganjil..tetapi itulah kebiasaanku...
Dunia seolah-olah menyesakakan nafas tanpa muzik..hehee...begitulah juga keadaan ku ketika mandi.Terasa bagai berjam-jam lamanya sekiranya mandi tanpa ditemani alunan pelbagai irama mp3 daripada hapeku.. :)...
Ada sesiapa yang berkongsi kebiasaan ini ka?..heehe..
CINTA??...
..cerita cinta,bahana cinta,bahagia bercinta..banyak lagi berita tentang cinta yang pernah kubaca,kudengar mahupun ku lihat.Ya!..terlalu mendalam erti cinta ini...Ada yang menggelar cinta ini sebagai cinta sejati,cinta monyet dan paling rumit lagi apabila dikatakan,cinta itu buta!bila sudah cinta, semua pasti boleh,tak akan mengira siapa,umur,darjat atau pangkat!malah kata-kata seperti"lautan api sanggup kuredah demi cinta kita"biasa di dengar...lalu,ada pula yang mengatakan cinta itu indah,bahagia tak kurang juga yang berkata cinta itu derita,sakit...menghiris hati!
Cinta..bagiku ialah..sesuatu perasaan yang..."..hmmm..tak tedaya ku untuk mendefinisikan cinta ini...mungkin tak berpengalaman?.atau sengaja tak mahu memikirkan tentang cinta?..ku juga tak pasti..hehee..
di mana-mana pasti ada cerita cinta,umpamanya..ketika ku merayau-rayau di facebook,ternampak pula suatu rencana yang bernada "cinta"....Apabila ku baca sekali lalu,ternyata amat menarik kandungan rencana tersebut...hehee..ku jatuh cinta dengannya lalu membawa ke ruangan ku ini untuk dikongsi bersama dengan anda..
Rencana di bawah ini mungkin panjang sedikit tapi ia elok utk kita.
Hayati erti cinta dalam kehidupan ini. Mencintai dan dicintai bukan la bererti seseorang itu jiwang karat.Mungkin ramai yang tak sedar atau sengaja tidak mahu
sedar sebenarnya hidup ini akan sepi tanpa cinta.
Kepada sesiapa yang menganggap cinta itu menyusahkan,fikir lah untuk yang kedua kalinya.Cinta ini pasti indah kalau dianyam dengan corak-corak yang penuh warna warni...hmm..mungkin??..hehee...
Title: mencintai dan dicintai
Kiter renungkan sesama... mungkin ade hikmah di
sebaliknya.. "I LOVE U"
Description:
Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila
jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia.
Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi
sebagai penenang.
Ulasan:
Anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak
menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya
sebagai kenyataan.
Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu.
Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai
kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh
hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi
kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
Ulasan:
Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya
sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu
menyayangi dia.
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi
sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu
dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih terimalah
kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah
membahagiakan
kamu.
Ulasan:
Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan
bersama anda, dia akan kembali.
Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada
di hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanya
kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan
teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu
itu.
Ulasan:
Hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk
mencari orang yang menyayangi kita. yang paling
berharga ialah hati yang ikhlas.
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita
tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan
membuatkan anda bahagia,maka teruskan.Ingatlah bahawa
kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin
tiada lagi peluang kedua.
Ulasan:
Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah
bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia,
jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan
bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda
akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu
sahaja.
Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda
benar2 bahagia. Ada 2 titis air mata mengalir di
sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata
yg satu lagi,"Saya air mata seorang gadis yang
menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.
Siapa kamu pula?".
Jawab titis air mata kedua tu,"Saya air mata seorang
lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg
menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
Ulasan:
Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang
sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa
berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya.
Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir
atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan
kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal
mengingatkannya.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu
sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik
perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk
abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari
anda walau diamana sahaja anda berada.
Ulasan:
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin
bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat
bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu
sepenuh hatinya,fikirkanlah.
Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg
bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita
tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali
daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan:
kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita
sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik
untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan
hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha
bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu
sahaja.
Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering
melukakan.Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada
orang yg bertuah.
Ulasan:
Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai
anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.
Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano.
pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian,
lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Ulasan:
kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting.
Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai,
anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu.
Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan
buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan
ragu-ragu terhadap mereka.
Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak
percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi
memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa
sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan
meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula
pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya
akan 'court' (sentiasa cuba memenangi)anda
selamanya..."
Ulasan:
Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya.
terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih
memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya.
Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan
berita daripadanya apabila berjauhan...
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun
akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai
kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal
mendatang.
Ulasan:
Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam
percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya
terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya,
kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda
tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan
kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.Tapi…
kalau anda kalah….malu sial!!!
Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam
mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda
bertangguh.
Ulasan:
Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada
orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan
biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu
perkara yang paling indah dalam hidup ialah
memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa
penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda.
Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan
anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda
telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan
hati anda.
Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana
akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang
lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup
ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan
kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup
menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
Ulasan:
Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan
pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan
anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih
menyayangi anda, maka andalah orang yang paling
bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.
Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta
untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Ulasan:
Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda
sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana
keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.
Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu
disedari. Apabila anda bercinta...... Ia bukan
'passport' untuk anda difahami;
tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk
anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil.
Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda
didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak
ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan
untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda
mencintai. Tetapi, janganlah biarkan dirinya berkorban
sendirian…
hampir terlupa...
aku nak berkongsi sesuatu yang agak menarik.
"Play A Song Backwards" iaitu memainkan lagu secara kebelakang/mengundur!..Satu perkara yang amat menarik untuk dicuba.Apa yang menariknya ialah terdapat mesej yang dapat didengar melalui cara tersebut.Lebih menarik lagi apabila dikatakan,jika mendengar lagu secara kebelakang(secara terbalik) maka kita akan mendengar mesej yang berunsurkan syaitan.Benar atau tidak...cubalah sendiri.
Antara lagu yang boleh anda cuba ialah..Led Zeppelin's-Stairway to Heaven atau korus lagu "Another One Bites The Dust" untuk mendengar mesej istimewa.. :).Cubalah mana-mana lagu..hehehe
Oh ya,untuk mendengar secara terbalik lagu-lagu tersebut,anda boleh mengikuti cara ini;
pada komputer anda(windows),
>>> Klik START
Klik ALL PROGRAMS
Klik ACCESSORIES
Klik ENTERTAINMENT
Klik SOUND RECORDER
~sekarang mainkan lagu yang anda mahu rakam dan tekan butang "record".Selepas itu,klik EFFECTS >REVERSE untuk mendengar.
atau anda juga boleh menggunakan perisian percuma(open source) untuk merakam dan menyunting bunyi, Audacity®.
Pastinya sesuatu yang menarik kepada sesiapa yang belum pernah mencubanya...
hehehe...petang tadi ,jam 5.00..aku mendapat panggilan daripada boss.
Owh..rupa-rupanya boss meminta laporan perkembangan yang terbaru sehingga October.
"ok" kataku apabila diminta mengirimkan laporan itu sebelum jam sembilan malam.
Aku sememangnya dah masak dengan laporan-laporan seperti itu, memandangkan sudah setahun lebih aku bekerja.
Petang tadi,sempat juga menyertai kawan-kawan bermain badminton,sukan kegemaranku :) ..
setelah berehat dan mandi,tanpa mengisi perutku terlebih dahulu,ku memulakan kerja.Pada ketika itu jam sudah menunjukkan angka 7.29pm.
Ternyata mengubah rutinku mendatangkan sesuatu yang kurang senang kepada diri ku sendiri.Kebiasaan ku untuk makan malam sebelum jam 8.oo,"lari" pada kali ini...
aduh...perutku berbunyi..ku rasa lapar tetapi tugasanku yang belum selesai menyebabkan ku memilih untuk menahan lapar,agar laporanku dapat kusiapkan sebelum atau tepat jam 9.00 malam.Heee..lemah terasa ketika menekan-nekan 'keyboard'...yeaahh..tahan dulu...perutku bagai meronta-ronta meminta untuk diisi... :)
emm...akhirnya setelah menyemak laporan itu,ku membuka yahoo mail,seraya mengirimkan laporan itu kepada boss...wah...siap juga akhirnya..hehe...lebih awal daripada yang diminta..tepat jam 8.48 malam ku menutup komputer...
Sehingga hari ini,ku sudah tak dapat mengingati sejak bila lagi aku deactivate akaun laman maya, sosial Facebook ku.Sebenarnya,ini kali kedua ku deactivate facebook ku ini.Pertama hanya percubaan,dan kali ini betul-betul rehat daripada facebook.
Sejak beberapa hari yang lalu teman-teman ku di facebook menghantar mesej yang bermacam-macam nada,ada yang merajuk,ada juga yang hairan,ada yang tertanya-tanya,kenapa?..
Merajuk kerana mereka menganggap aku dah padamkan mereka dari senarai kenalan,atau sekurang-kurangnya menghalang akses mereka ke akaun ku.Pastinya,sebagai teman rapat,kita akan merajuk kan...tetapi yang sebenarnya ku tak padam..tak juga halang akses,cuma ku rehatkan akaun facebook ku.
Hairan kerana ku rehatkan akaun facebook?Dengan nada kasar ku menjawab,"suka hati aku la!" .Jawapan yang pasti menyinggung perasaan mereka yang sensitif.Maafkan diri ini...
Tertanya-tanya,kenapa?...ini perkara lumrah.Setiap perkara yang kurang jelas di fikiran,pasti hati melonjak-lonjak untuk bertanya...emmm.."tak ada apa,saja-saja rehat dari facebook"jawabku ringkas,sungguh tak mampu puaskan hati teman-teman ku,lalu beberapa teman membuat andaian masing-masing...
Mungkin ada yang membuatkan kau merajuk?..tak mau kawan dengan kami?..dah lupakan kami?..kau jahat!!..tak bagitau pon,tiba-tiba saja hilang!!..antara andaian dan kata-kata yang agak keras ditujukan padaku...tiba-tiba ku rasa sakit hati,"sanggup kamu berkata seperti itu?"hati kecilku berkata-kata sendiri...namun cepat-cepat ku buangkan segalanya...
emm..mungkin lebih baik ku aktifkan kembali akaun facebook ku,agar semua itu akan terjawap,ntah la..ku juga tak pasti,tapi ya..akan ku aktifkan...
hari agak sibuk...
Maklumlah sudah hujung bulan,maka masa untuk menyiapkan "monthly report" juga semakin suntuk.Namun kesibukan ini tidak mampu mengugat keceriaan ku sehari-hari.Seperti biasa ku tetap berjenaka dan bergurau dengan rakan-rakan sekerja... :) .
Ada satu kata-kata yang sentiasa ku ingati agar ku sentiasa ceria sehari-hari,
semua yang berlaku pada diri kita adalah hasil daripada pemikiran dan tindakan diri sendiri
Kemarahan mumia punca Titanic karam
DARIPADA semua semua kisah luar biasa, sumpahan Puteri Amen-Ra yang hidup kira-kira 1,500 tahun Sebelum Masihi dikatakan cerita paling mengganggu dan sukar untuk dijelaskan kerana dipercayai menjadi penyebab kapal paling hebat pernah dibina, Titanic, tenggelam.
Apabila meninggal dunia, mayat puteri itu dimasukkan dalam keranda kayu dan dikebumikan di Luxor, di tebing Sungai Nil.
Sumpahan Amen-Ra bermula pada lewat 1890-an apabila empat lelaki Inggeris yang kaya melawat Luxor dan terdorong membeli keranda mengandungi mumia puteri itu. Mereka saling berlumba meletakkan harga tertinggi dan akhirnya keranda dimiliki salah seorang daripada lelaki berkenaan yang membayar harga sehingga beribu Pound.
Dia membawa keranda itu balik ke hotel penginapannya dan beberapa jam kemudian lelaki itu dilihat berjalan seorang diri ke arah gurun dan tidak pernah kembali lagi ke penginapannya sejak itu. Keesokan hari, salah seorang daripada tiga yang masih ada di hotel itu ditembak secara tidak sengaja oleh pembantu berketurunan Mesir. Tangannya cedera teruk sehingga terpaksa dipotong.
Lelaki ketiga tidak terkecuali menerima nasib buruk sebaik kembali ke tanah air apabila mengetahui bank yang menyimpan wangnya muflis, manakala rakannya yang dulu kaya raya mengalami sakit teruk hilang kerja dan terpaksa menjual mancis di jalanan.
Bagaimanapun, keranda berkenaan tiba di England dan dibeli oleh seorang ahli perniagaan tetapi dia mendermakannya kepada Muzium Britain selepas tiga anggota keluarganya cedera dalam kemalangan jalan raya dan rumahnya dijilat api.
Misteri terus melingkari keranda itu apabila trak yang digunakan untuk mengangkutnya ke muzium tiba-tiba berundur ketika kerja memunggah dilakukan. Ketika diangkat menaiki tangga oleh dua pekerja, seorang daripadanya terjatuh dan patah kaki, manakala seorang lagi, yang sihat, meninggal dunia secara mengejut dua hari kemudian.
Sebaik keranda puteri itu diletakkan dalam Ruang Mesir di muzium itu, masalah lain pula timbul. Penjaga malam muzium melaporkan kerap mendengar suara tangisan dari dalam keranda. Apabila seorang pengunjung mengejek wajah yang dicat pada keranda itu, anaknya meninggal dunia disebabkan campak tidak lama kemudian.
Akhirnya, pihak berkuasa terpaksa memindahkan mumia itu ke bawah tanah dengan harapan ia tidak lagi mencetuskan masalah. Namun, ia tidak menjadi kenyataan kerana dalam masa seminggu, seorang pembantu sakit teruk dan penyelia yang bertanggungjawab memindahkan keranda itu ditemui mati di mejanya.
Seorang jurugambar yang mengambil gambar keranda itu mendapati cat padanya jelas menunjukkan wajah manusia yang menakutkan. Dia kemudian balik ke rumah, mengunci diri dalam bilik tidur dan menembak dirinya.
Kisah paling menarik mengenai sumpahan Puteri Amen-Ra ialah apabila seorang pakar arkeologi yang menganggap apa yang terjadi cuma kebetulan, membayar harga mahal untuk memiliki mumia itu dan mengatur pemindahannya ke New York.
Pada April 1912, pemilik baru mayat Amen-Ra mengiringi keranda itu menaiki kapal persiaran yang akan melakukan pelayaran bersejarah ke New York. Pada malam 14 April, keranda Amen-Ra mengiringi mayat 1,500 penumpang yang tenggelam ke dalam lautan Atlantik apabila Titanic, yang dikatakan tidak akan tenggelam kerana memiliki ciri-ciri keselamatan tercanggih ketika itu,telah karam selepas terlanggar bongkah ais.
Datuk Seri Najib Razak akhirnya mengumumkan 16 September sebagai cuti umum Hari Malaysia di seluruh negara mulai tahun depan.
Mengumumkannya pada sidang Dewan Rakyat, Perdana Menteri berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat adalah satu titik sejarah yang amat penting.
"Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.
"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.
Hari Malaysia diraikan setiap tahun untuk memperingati pembentukan Persekutuan Malaysia membaitkan penyertaan Sabah dan Sarawak pada 16 September 1969.
Berita Harian Online (view on Google Sidewiki)
Hari ini merupakan hari yang pertama seorang Staf baru bekerja bersama kami.Staf baru ini memegang jawatan yang penting pada bahagian pengurusan,yang sudah tentu kedudukanya lebih tinggi dari ku dalam carta organisasi,maka sudah tentunya aku harus meletakkan diri ini "baik" di pandangannya,maklumlah aku ni dah senior setahun lebih di syarikat ini.Bukan sahaja baik untuk ku malah memberikan gambaran yang baik kepadanya secara keseluruhan.
Ku belum lagi becerita panjang dengannya tetapi perkara asas seperti latar belakang pendidikan,asalnya sudah ku ketahui... :) ...sebenarnya banyak persoalan bermain di fikiran tetapi ku simpan saja kerana masa yang sesuai belum tiba lagi untuk ku tanyakan semuanya.Yang pasti,ku akan dapat jawapan bagi persoalan-persoalan itu nanti.Ya,kata orang "kalau mahu dikenali,kenalilah orang lain dahulu".. :)
Bukan itu sahaja,ku juga bangun seawal jam 5 pagi tadi untuk menyiapkan diri,bukan untuk meminta puji tetapi untuk menunjukkan bahawa ku sangat mementingkan masa.Malah aku juga memperbaiki segala kelemahan ku selama ini,agar semuanya kelihatan lebih baik dan seterusnya menjadi lebih baik.
Aku tak akan lupa satu baris kata yang berbunyi "pandangan pertama sangat penting untuk menggambarkan diri kita pada keseluruhannya" itulah antara sebabnya mengapa ku begitu "baik" hari ini...
...hari yang agak sibuk.Kelmarin pon tidak sempat on9...tapi kira baik juga,semuanya berjalan dengan lancar.Perkara-perkara yang meresahkan hati tidak berlaku,Syukur! :)
Apapun terima kasih kepada semua yang membantuku.Namun begitu terdapat seseorang yang begitu merinduiku..hehehe..ku pun rindu juga...tetapi semuanya sudah ku jelaskan,kenapa dan mengapa...besar harapanku agar semua itu dapat difahaminya...
ntah...tiba-tiba malam ni terasa tak senang hati dengan rakan sekerja...
ya lah,setiap kali ada sesuatu yang berlaku atau akan berlaku,ku sering menjadi sasaran untuk menyediakan itu dan ini.Kalau dikatakan ini tugasanku,ku akur..tetapi apakah fungsi mereka yang lain?.. huh"..ku mengeluh perlahan..terasa agak sesak nafas..tetapi cepat-cepat aku menyedarkan diri ini untuk lebih tenang dan tabah.Sabarrr...bisik hatiku..
Hmm..terasa agak tenang dah...moga semuanya akan berjalan dengan lancar esok,walaupun persediaan yang dibuat agak "teruk".hehehe...tunggu dan lihat!, kata hatiku lagi...
Selamat meyambut hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu.
Moga hari ini menjadi hari yang menggembirakan anda dan membawa kepada pelbagai perubahan yang lebih baik.Moga perayaan ini juga mengukuhkan lagi semangat perpaduan pada kita seluruh rakyat Malaysia.Mari bersama-sama memeriahkan Hari Deepavali ini. :)
Mari kita lihat beberapa kepentingan Perayaan Deepavali ini kepada masyarakat Hindu.
*Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.
*Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.
*Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.
Lagenda Hari Deepavali ;
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Selain daripada memasang pelita,penganut agama Hindu juga membuat hiasan "kolam" di hadapan pintu masuk rumah mereka.Hiasan"Kolam" ini terdiri daripada bijirin yang pelbagai warna,yang merupakan lambang penyembahan kepada dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah.
...untuk membaca lebih lanjut tentang Perayaan Deepavali,klik di sini.
***Selamat Menyambut Hari Deepavali***
Dikala malam-malam yang sepi ini..terasa lemah seluruh tubuhku,hehehe..mengantuk yang amat sangat!!...ditambah pula dengan alunan lagu "suara ku berharap"..wah..sungguh damai ku rasa..hehe..nah sempat juga Quick post ni lirik lagu dengan menggunakan Sidewiki.Ok lah...Nite all..mau tidur dah ni... :)
Lagu dan Kord Gitar ” Suara ku berharap “
Artis ” Hijau Daun “
intro
D Bm G A
D
Disini AKu Masih Sendiri
Bm
Merenungi Hari-hari Sepi
G
AKu Tanpamu
A
Masih Tanpamu
D
Bila Esok Hari Datang Lagi
Bm
ku Coba Untuk Hadapi Semua Ini
G Em D
Meski Tanpamu Meski Tanpamu
Bm fm Em
Bila AKu Dapat Bintang Yang Berpijar
Bm fm Em
Mentari Yang Tenang BersamaKu Disini
Bm fm Em
ku Dapat Tertawa Menangis Merenung
Bm A
Di Tempat ini AKu Bertahan
chorus
D Bm
Suara Dengarkanlah AKu
G D/f Em
Apa Kabarnya Pujaan HatiKu
A Bm
AKu Di Sini Menunggunya
G fm Em A
Masih Berharap Di Dalam Hatinya
D Bm
Suara Dengarkanlah AKu
G D/f Em
Apakah AKu Slalu Dihatinya
A Bm
AKu Di Sini Menunggunya
G fm Em A
Masih Berharap Di Dalam Hatinya
D
Kalau Ku Masih Tetap Disini
Bm
ku Lewati Semua Yang Terjadi
G fm Em
AKu Menunggumu
D
AKu Menunggu
intro
Bm A G D A G
Em fm G A
D Bm
Suara Dengarkanlah AKu
G D/f Em
Apa Kabarnya Pujaan HatiKu
A Bm
AKu Di Sini Menunggunya
G fm Em A
Masih Berharap Di Dalam Hatinya
D Bm
Suara Dengarkanlah AKu
G D/f Em
Apakah AKu Slalu Dihatinya
A Bm
AKu Di Sini Menunggunya
G fm Em A
Masih Berharap Di Dalam Hatinya
"Lagu dan Kord Gitar ” Suara ku berharap “
Artis ” Hijau Daun “"
- Suara ku berharap Hijau Daun Chord Gitar | Download MP3 Suara ku berharap Hijau Daun Chord Gitar Lirik Lagu (view on Google Sidewiki)
Petang ini,ku ingin berkongsi satu tips kesihatan lagi.
Kini,pengunaan botol mineral sangatlah meluas dalam kalangan masyarakat.
Sebenarnya penggunaan ini adalah selamat tetapi dengan beberapa keadaan ia boleh menjadi sebaliknya,iaitu penggunaan botol mineral sangat membahayakan kesihatan!
Situasi yang sering berlaku adalah pengunaan semula botol plastik mineral itu dan pengendalian botol mineral itu sendiri.Sebenarnya,botol mineral itu tidak sesuai digunakan semula,sesuai dengan lambang "recycle" yang disertakan,bukannya "re-use".
Pengendalian botol mineral itu sebenarnya hendaklah mengikuti beberapa tatacara yang betul,sebagai contoh botol mineral itu tidak boleh terdedah kepada bahang yang panas,terutamanya ketika ia berisi.
Mari kita sama-sama lihat kenapa semua ini?
Botol mineral itu sebenarnya dibuat daripada bahan-bahan kimia yang membentuk plastik (Polyethylene Terephthalate atau PET)yang mengandungi bahan karsinogen.Biasanya simbol PET ada bersama botol mineral itu.Maka itu,sekiranya botol plastik itu terdedah kepada sebarang suhu(kepanasan),bahan-bahan kimia yang membentuk plastik itu akan bertindakbalas dan terbebas ke dalam air.Oleh itu,air dalam botol mineral telah tercampur dengan bahan-bahan kimia (karsinogen) yang sangat bahaya dan beracun!.Lihat sahajalah sampah plastik yang ada,ia mengambil masa yang sangat lama untuk reput dan sebati dalam tanah,inikan pula bahan kimia yang memasuki tubuh manusia!
Mungkin anda belum sedar,tindakan anda sehari-hari mengundang bahaya kepada kesihatan anda.Aku ingin mengingatkan;
*Jangan lagi menggunakan air mineral yang tersimpan di dalam kereta anda kerana haba yang panas dalam kenderaan itu telah membebaskan bahan kimia daripada botol air mineral ke dalam air mineral itu.
*Jangan lagi menggunakan botol mineral berulang-ulang kerana botol itu hanya direka untuk digunakan sekali sahaja.
Sebaliknya;
*Gunakanlah botol air yang direka untuk kegunaan seharian(selamat digunakan berkali-kali)atau bekas stainless steel juga bekas daripada bahan kaca.
*Berhati-hati dengan pengendalian botol mineral anda.
Paling berbahaya lagi apabila terdapat kajian yang menunjukkan bahawa terdapat bahan kimia yang daripada botol mineral pada jaringan payudara.Jelas sekali bahan kimia itu juga penyebab kanser payudara!Malah,terdapat kajian yang mengatakan,bahan kimia daripada botol plastik mineral merupakan punca utama kanser payudara di Australia.
Menyedari betapa bahayanya botol(plastik) air mineral itu,mulai dari sekarang, marilah kita bersama-sama mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.Jangan lupa,
Mencegah lebih baik daripada mengubati..
Pagi yang indah!
Ku rasa bersemangat hari ini,seperti biasa selepas bersarapan ku ON kan computer.
hmmm...perkara yang pertama mestilah memasang music..hehe..ku juga tak tau kenapa music ini sangat penting bagiku,tanpa music terasa kosong tak bermaya.Memang tak pernah bosan dengan music ni,masa tidur pon hape tak henti berbunyi sampai ku terlena hinggalah di siang hari.Benarlah kata orang,Music bukan sahaja menghiburkan tetapi membuatkan kita lebih bersemangat!
...Lalu ku susunkan lagu(mp3) dalam playlist winamp ku,walaubagaimanapun,pagi ini, hatiku lebih terarah kepada lagu berbahasa inggeris seperti "4 Non Blondies-Whats's Up,Lenka-Trouble is A Friend,Nickelback-Never Gonna Be Alone"...banyak lagi sebenarnya tapi tak terdaya ku tuk menyatakan semuanya..hehehe.Lagu-lagu itu kurasakan membangkitkan semangat ku...
Baiklah,aku mulakan kerja-kerja yang masih belum siap lagi..Ok.. :)
wah..lepas post mesej tu dgn teman-teman di tagged..
ni lah antara balasan yang ku terima..
sume la kite bg kt awkkk.. cz awk kwn kite hehehhe
14~Cool
shaya bagi khamoO..1 awk nakal.. 2 awk manja...8 awk baik..9 awk ikhlas n 13 awk mmg best..hehhehe
petang nie...dah fikir mau tutup browser..tiba-tiba ada alert"new message".daripada yahoo.
Ok,check dulu la fikirku..hehehe..bila dibuka rupanya sorang teman d tagged ada post komen di page ku.Agak menarik komen tu hingga ku tergerak hati utk berkongsi di sini..hehehe
komen itu berbunyi begini...
send message ni pd semua org dan tengOk nO ape yG diOrg bg utk awk...
1.Awk NaKaL
2.Awk MaNJa
3.Awk cOmEL
4.Awk kWn sya dan sya Harap uTk Lbh dr 2...
5.Sya suka Awk
6.Sya ciNTa Awk
7.Sya suKE Kwn Dgn awk...
8.Awk BaiK
9.Awk sOrg yG ikHLas
10.Awk kWn Baik sya
11.Awk TaLeyH BlaH12.Awk Jom CouplE NaK
13.Awak mmg best
Bg nO yg sEsuai uTk sy
emm..tak tau lah apa yang sudah jadi ni,dah satu minggu kepala ni rasa kurang sihat,terasa lemah semacam aja...membuat seluruh tubuhku tenggelam dalam kelesuan...ni mata pon asyik mengantuk aja."makan lah ubat"...begitu ringkas jawapan seorang teman ketika ditanyaku...heee..geram juga,tapi bila difikirkan..memang betul lah..sakit,makanlah ubat jawabnya kan.. :D .hmm..akhir-akhir ni pon,makan tak lah teratur sangat..."makan bila lapar" tu lah yg boleh menggambarkan situasi ku ini..hehehe
* macam niilah hidup bujang,ku berkata sendirian..
Akhirnya,berjaya juga saya menyiapkan blog yang tidak seberapa ini.Idea blog ini ialah untuk berkongsi maklumat atau apa sahaja yang sesuai.Kandungan blog ini merupakan pandangan saya sendiri dan juga daripada sumber yang akan dinyatakan bagi setiap post.Terima kasih kepada yang melawat blog ini secara terus atau juga melalui blog terdahulu saya di sini.
*selamat datang, membaca dan berinformasi...
*terima kasih.. :)
hi all visitors..
thanks for viewing this blog...
Design by FlashDaWeb. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Sponsored by iBlogtoBlog.