"Kegiatan Tak Bermoral,Punca Bencana"
Saya ingin berkongsikan kepada anda tentang kata-kata "Kegiatan Tak Bermoral,Punca Bencana". Saya pernah terdengar cerita yang mengatakan banjir@ bencana yang berlaku di sesebuah tempat itu adalah bertujuan untuk membersihkan semula kawasan itu daripada segala kekotoran dan maksiat. Entah benar atau tidak,kepastiannya saya tak pernah perolehi.Namun apabila saya bertanya kepada bebarapa orang yang lebih tahu,mereka mengiyakannya.Maka,adakah hal itu benar? atau sekadar tohmahan begitu sahaja?...entahlah...
Dengan kata"Kegiatan Tak Bermoral,Punca Bencana" ini juga, seorang menteri kanan Indonesia dikritik mangsa gempa bumi serta penyokongnya di laman web Twitter semalam apabila menyalahkan kegiatan tidak bermoral sebagai punca negara itu dilanda bencana alam.
Indonesia terletak dekat zon gunung berapi dan gempa bumi. Satu gempa besar pada 26 Disember 2004 menyebabkan tsunami yang membunuh 230,000 orang, separuh daripadanya di Aceh. Gempa pada 30 September lalu pula membunuh lebih 1,000 orang di barat Sumatera.
Tifatul Sembiring yang juga Menteri Komunikasi dan Penerangan, berkata,bencana di negara itu disebabkan oleh banyak siaran televisyen yang memusnahkan nilai-nilai moral dan mengambil contoh penjualan Dvd seks masyarakat tempatan terdapat di tepi-tepi jalan sebagai menunjukkan betapa rendahnya nilai moral masyarakat.
Kenyataan 'Berani" beliau itu menimbulkan kemarahan oleh keluarga mangsa
bencana."keluarga mangsa tidak seharusnya dipersalahkan",kata Kikie Marzuki seorang penduduk Aceh yang kehiangan 10 ahli keluarga ketika bencana tsunami melanda.
Walau bagaimanapun, setiap manusia mempunyai hak untuk menyatakan pendapat masing-masing.Kalaulah benar bahawa kegiatan tak bermoral boleh menyebabkan bencana,bagaimanakah ianya berlaku?...fikir-fikirkanlah.. :)
0 Responses to ""Kegiatan Tak Bermoral,Punca Bencana""
Leave a Reply
Feel free to leave a comment...