welcome..

Malaysia-Selamat Datang. Arabic-Ahlan Wa Sahlan. Chinese-Huan ying. Danish-Velkommen. Dutch-Welkom. French-Bien venue. German-Willkommen. Hindi-Swaagat hai. Italian-Ben venuto. Japanese-Irasshai. Korean-Chunn-mannay-oh. Polish- DzieƱ dobry. Spanish-Bienvenido. Urdu-Tashreef laayiey.

, Selamat Tinggal Belasan Tahun...

0 comments

Sungguh sibuk semalam sehingga tak sempat mencoretkan apa-apa di ruangan ini.Sebenarnya tarikh semalam merupakan tarikh yang istimewa bagiku kerana tarikh itulah ku telah lahir ke dunia yang pernuh warna ini.

Walaupun jauh dari keluarga,ku tetap gembira meraikannya bersama-sama teman-teman sekerja.Sungguh ceria dan gembira.Tidak kurang juga ucapan yang tidak putus-putus daripada teman-teman di laman sosial maya seperti Facebook,Tagged dan Friendster...

Aku tak lupa untuk bersyukur kepada Tuhan kerana ku dapat menyambut hari ulang tahun kelahiranku dengan gembira dan diberikan kesihatan yang sempurna.Kepada keluarga dan teman-teman,terima kasih kerana sentiasa menceriakan hidupku.

Sebuah frasa kata masih bermain-main di fikiranku "selamat tinggal belasan tahun"..pesan daripada seorang teman rapatku..hehe..mentang-mentang lah ku dah memasuki umur dua puluhan... xD

hehehe...

Pasukan Bola Sepak Malaysia Menumpaskan Thailand

0 comments

agak lewat sudah untuk saya tuliskan kisah perkembangan bola sepak ini namun saya tak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Bola Sepak Malaysia yang akhirnya melepasi cabaran getir apabila menumpaskan lawan yang paling disegani di rantau Asia iaitu Thailand.Kemenangan dua gol berbalas satu itu telah membuka peluang kepada pasukan negara untuk bertemu dengan Laos pada perlawanan separuh akhir.
Tahniah...moga dapat membawa pulang kejuaraan yang telah lama dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tanahair.

, , , , , TEAM Badminton Cemerlang!

0 comments

kehebatan TEAM badminton Malaysia terserlah ketika Grand Prix Siri Super Dunia,di Johor Bahru.

Berita gembira kepada peminat badminton tanah air didahului oleh pasangan beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang mengekalkan kejuaraan mereka,seterusnya diikuti oleh kemenangan perseorangan wanita Wong Mew Choo dan akhirnya diakhiri oleh kemenangan jaguh badminton ,Lee Chong Wei.

Agak malang apabila pasangan beregu utama negara,Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong yang tidak dapat mempertahankan kejuaraan mereka.


Keputusan:
Chong Wei,Malaysia VS Park Sun-hwan,Korea Selatan [ 21-17, 21-17]
Mew Choo,Malaysia VS Juliane Schenk,Jerman [21-15, 21-7]
Pei Tty-Eei Hui,Malaysia VS Kamilla Rytter Juhl-Lena Frier Kristiansen,Denmark[21-17, 21-14]

Tahniah kepada mereka.Semoga akan terus bersemangat untuk mengejar kemenangan. :)

Awal December..

0 comments

sedar tak sedar,hari ni sudah masuk hari yang ke-3 bulan December.Bulan yang agak sibuk,sehinggakan saya tak dapat update blog ni dalam beberapa hari..hehee..

, , Malaysia Menang Mudah 11-0 menentang Timor Leste

0 comments

BUKAN hanya permulaan meyakinkan dicipta skuad bimbingan K Rajagobal di Stadium Utama, Laos, petang semalam. Malah, ketika membelasah Timor Leste 11-0 pada aksi pembukaan Kumpulan A, mereka turut meletakkan nama dalam sejarah penyertaan negara di temasya serantau itu.

Kemenangan itu adalah jumlah jaringan terbesar pernah dihasilkan Malaysia dalam sejarah Sukan Sea, mengatasi keputusan 9-0 yang dicatat skuad negara pada temasya 1993 - ketika menundukkan Laos - dan 1995 apabila menumbangkan Kemboja.

Namun Rajagobal bingkas mengingatkan anak buahnya supaya tidak terbawa-bawa dengan kemenangan itu, kerana Timor Leste bukan ukuran kemampuan sebenar ketika Vietnam dan Thailand jadi penghalang untuk merintis laluan sekurang-kurangnya ke separuh akhir.

"Pemain melakukan apa yang dimahukan. Mereka bermula dengan agresif, mengawal permainan serta mendapat gol awal yang diperlukan. Bukan mudah untuk mencatat kemenangan besar dalam perlawanan pertama.

"Ini memberi keyakinan kepada pemain, tetapi mereka juga harus ingat kita perlu terus meningkat untuk menghadapi lawan lebih sukar selepas ini,” katanya.

Dominasi skuad negara jelas ketara, dengan selepas hanya tiga minit aksi, Norshahrul Idlan Talaha membuka jaringan. Ianya digandakan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-12 sebelum Zaquan Adha Abdul Radzak (minit ke-15), Safiq Rahim (m28) Norshahrul (m30) dan Ahmad Fakri Saarani bertali arus menjaringkan gol untuk Malaysia berkelebihan 6-0 selepas tamat babak pertama.

Babak kedua bagaimanapun menampakkan ada sikap sambil lewa terjelma, yang bagaimanapun terhapus sebaik sahaja kapten, Aidil Zafuan Abdul Radzak, melonjak untuk menanduk masuk bola sepakan sudut Safiq untuk gol ketujuh pada minit ke-57.

Gol kelapan terhasil pada minit ke-70 apabila Fakri, memanfaat umpanan silang Amirulhadi Zainal, meledakkan rembatan ke sasaran buat menewaskan penjaga gol, Diamantino Leong.

Fakri kemudiannya melengkapkan hatriknya pada minit ke-77. Ia berpunca daripada gerak serang balas pantas menerusi Zaquan yang melarikan bola secara solo sebelum melintangkannya dengan cantik melintasi depan pintu gol untuk ditampan masuk Fakri.

Amirulhadi kemudiannya turut meletakkan namanya dalam senarai penjaring dengan gol ke-10 pada minit ke-80 sebelum pemain gantian, Amar Rohidan, menjaringkan gol ke-11 pada minit-minit terakhir waktu kecederaan perlawanan.